top of page

Assalamualaikum dan salam perkenalan dari saya. Terima kasih kerana sudi melungsur ke lelaman saya ini yang mana ianya saya jadikan ruangan untuk anda para penggemar dan pelestari barangan songket untuk melihat karya-karya saya.
 

Saya mula menghasilkan barangan berhias songket dan juga memperkenalkan tenunan songket dari luar negara sejak beberapa tahun lalu dengan hasrat agar budaya bersongket dapat terus dihidupkan oleh masyarakat Melayu juga yang bukan Melayu dan agar dapat sama-sama menghargai keindahan dan kehalusan seni warisan bangsa Melayu ini.


Semua karya yang dimuatkan didalam lelaman ini adalah hasil kerjatangan saya dan bukan saja untuk tatapan disini namun boleh saja anda miliki dengan membuat tempahan.

bottom of page